Program Bazar Raya Nadi
23 Mac 2025 | Aktiviti TerkiniPada 22 Mac 2025 yang lalu, pihak MCMC mencadangkan untuk untuk menganjurkan Bazar Raya NADI secara serentak di semua NADI yang beroperasi seluruh Negara. Objektif utama program ini diadakan adalah untuk memberi peluang kepada usahawan NADI memasarkan produk mereka dan menarik penyertaan usahawan baharu ke dalam program keusahawanan dibawah teras NADI Perkhidmatan Pintar dan bertujuan untuk mempromosikan NADI kepada komuniti. Dengan itu, pihak kami telah mendaftar seramai 6 orang usahawan tempatan untuk mengikuti program ini.
Pelbagai jualan yang dijual oleh usahawan antaranya ialah makanan, minuman dan barangan. Selain itu, pihak NADI juga telah membuka satu booth untuk membuat saringan kesihatan serta mendaftar ahli baharu. Seterusnya, aktiviti bagi sesi Live Webinar Kidventure dan NADIPreneur juga telah dijalankan pada hari yang tersebut. Program ini mempunyai sambutan yang sangat meriah oleh komuniti setempat. Dengan adanya program seperti ini, para usahawan dapat memperkasakan dan memperluaskan lagi perniagaan mereka untuk lebih berkembang dengan maju.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: